Tidak dinafikan kebanyakan selebriti muda sedang obses dengan bentuk badan sendiri dan ada antara mereka yang sering ‘belanja’ foto tidak berbaju.
Antara selebriti lelaki yang sering berbuat demikian ialah Ismail Izzani, MK K-Clique, Ikmal Amry dan beberapa lagi yang lain.
Tapi kali ni Ikmal telah berjaya membuat pengikutnya di laman Instagram panik disebabkan video throwback yang menunjukkan bahagian badan dan perutnya yang berketul!
View this post on Instagram
Ruangan komen posting tersebut dibanjiri dengan komen daripada peminatnya, terdiri daripada kaum wanita yang terkejut melihat video berkenaan.
Namun apa yang melucukan ialah ada antara mereka yang sempat mengingatkan diri sendiri bahawa Ikmal merupakan suami orang dan itu bermaksud mereka perlu tahu limit sebagai peminat.

Pelakon Aedy Ashraf turut sempat meninggalkan komen gurauan di posting tersebut memberitahu bahawa beliau mahukan video baharu, bukannya video throwback.

Mungkin sekarang badan Ikmal dah berubah sikit tak macam dulu, maklum lah tak lama lagi kan dah nak bergelar ayah.
Baca juga artikel berkaitan: Beraksi Dalam Drama Baharu, Aedy Ashraf Beri Bayangan Ikmal Amry Bakal Jadi Bapa?
Sumber foto dan video: Instagram Ikmal Amry