Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sudah 25 Tahun Dalam Industri, Siti Nurhaliza Imbau Kisah Rakaman Lagu Pertama

today25 March 2021

Background

Penyanyi tersohor Dato’ Sri Siti Nurhaliza akan genap 25 tahun berada dalam industri seni tanah air sejak album pertama beliau dilancarkan pada tarikh 1 April 1996.

Bersempena itu, beliau yang mesra dipanggil Tok Ti telah memuat naik satu hantaran di Instagramnya pada 25 Mac 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Hantaran itu memberitahu tentang pengalaman Tok Ti ketika pertama kali merakamkan lagu pertama beliau berjudul Jawapan Di Persimpangan.

Ia juga adalah kenangan pertama beliau bekerjasama dengan Allahyarham Adnan Abu Hassan.

“RECAP JUBLISITI25
1 April 1996-1 April 2021

Jawapan Di Persimpangan
Adnan Abu Hassan/Othman Zainuddin
-Album Siti Nurhaliza (1)
1996

Berada di dalam studio, pada hari pertama merakamkan lagu pertama untuk album yang pertama, perasannya bercampur baur.

Lagu ini saya dengar melodi, belajar dan menghayatinya hanya beberapa hari sahaja sebelum datang ke Kuala Lumpur untuk rakaman vokal. Paling saya ingat, arwah abang Dee (Adnan Abu Hassan) memberikan saya keselesaan untuk menyanyikan lagu ini dengan cara saya, kemudian barulah beliau meminta saya memperbaiki serta mencantikkan lagi lenggoknya.

Satu hal yang saya ingat, sepanjang rakaman, abang Dee tersenyum, bahunya mengikut rentak lagu sewaktu saya merakamkan suara dan akhirnya suara keramat beliau melafazkan, Siti, Great Job!”

Album pertama beliau telah dilancarkan pada 1 April 1996 dan lagu Jerat Percintaan daripada album tersebut telah membawa tuah apabila menang untuk beberapa anugerah.

“Album pertama ini dilancarkan pada 1 April 1996. Saya ulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur pada hujung minggu untuk rakaman vokal dan menerusi album ini, lagu Jerat Percintaan bergelar Juara untuk Anugerah Juara Lagu, Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik. Jerat Percintaan juga meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1999.”

Tempoh 25 tahun dalam industri hiburan benar-benar dimanfaatkan Tok Ti untuk mencipta nama sehingga tahap terbaik dengan nama beliau cukup dikenali di Malaysia dan juga di negara luar.

Wajarlah beliau digelar sebagai penyanyi nombor 1 negara.

 

Baca artikel berkaitan: Ditegur Netizen Kerana Muat Naik Foto Tidak Berkualiti, Ini Jawapan Siti Nurhaliza

Sumber: Instagram Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Serabut Peti Ais Bersepah? Jom Beli 5 Barang Ini Untuk Realisasikan ‘Dream Fridge’ Anda

Semakin besar saiz peti ais, semakin banyak makanan yang kita nak simpan. Namun, bukan semua orang tahu menjaga peti ais dalam keadaan yang kemas dan tersusun.Pasti pening kepala nak mengemas peti ais jika terlampau banyak makanan yang ada di dalamnya. Macam mana nak pastikan semua makanan tersusun rapi dengan menggunakan budget yang rendah?Tak susah pun, kalau rajin dan pandai menyusun pasti anda akan puas hati melihat dream fridge yang anda inginkan.Jom […]

today25 March 2021