Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sudah 9 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, Aeril Zafrel Kongsi Foto Cakaran Pada Tangan

today25 February 2021

Background

Pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah mendirikan rumah tangga selama 9 tahun sejak 25 Februari 2012.

Banyak suka duka yang telah mereka lalui sepanjang tempoh itu.

Kini, Aeril dan Wawa sering dijadikan contoh pasangan yang sweet kerana mereka kelihatan bahagia berkongsi kisah keluarga di media sosial.

Bersempena ulangtahun perkahwinan mereka, Aeril telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

Foto itu menunjukkan Aeril dan Wawa berpegangan tangan di dalam kereta.

Namun terdapat beberapa kesan cakaran pada tangan Aeril.

Melalui caption:-

“Happy anniversary yang ke 9 syg @w4w4_zainal

Doakan kami”

Dengan ucapan ringkas sambutan ulangtahun perkahwinan ke-9, Aeril memohon agar netizen mendoakan mereka.

Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut bertanya tentang kesan cakaran tersebut.

Apapun, kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy wedding anniversary buat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal!

 

Baca artikel berkaitan: Pernah Minta Cerai Daripada Aeril Zafrel, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Suami

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

Written by: Hasanah Yusof


Previous post