Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membuatkan ramai rakyat Malaysia perlu menanggung rindu kerana tidak dapat bertemu ahli keluarga masing-masing.
Namun, mematuhi arahan pihak kerajaan semasa PKP adalah penting dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Tarikh 22 Jun 2021 menjadikan pelakon Raysha Rizrose genap usianya 25 tahun.
Oleh itu kakak beliau yang juga pelakon Nelydia Senrose menulis ucapan hari jadi buat adiknya itu melalui satu hantaran di Instagramnya.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Tak Sangka Miliki Suara Merdu, Raysha Rizrose Dan Hannah Delisha ‘Kuasai’ Medley AJL35
Nelydia merasakan bahawa beliau dan Raysha sudak banyak berkongsi kehidupan bersama selama ini sebagai adik-beradik.
Pelakon itu menghargai kehadiran adiknya itu dalam hidupnya.
“Happy birthday my sweet Dada @raysharizrose ?
Looking back at our memories, I’ve realised that we have gone through a lot of moments together, be it a funny one or the other way around. We’re always stuck in a situation we should not be in haha. You’re my ‘frenemy’ forever Da! Thank you for being my lil sister and sometimes my big sister when u need to hahaha ?”
Menyedari bahawa beliau sudah lama tidak bertemu Raysha, hadir rasa rindu dalam diri Nelydia.
“I think this is the longest time kita tak jumpa. Rindu sgt! Eventhough I knw when we meet you always loveeee to annoy me, I hate to say this but I actually miss it! I guess that’s just how we bond ?
Da,
May you achieve many many more great things in life, as I know you will and may Allah protect and guide you always❤️
Let’s all be sweet and wish my sister happy birthday ok?
@raysharizrose”
Dalam ucapan hari jadi itu juga, Nelydia mendoakan semoga Raysha memperoleh kebaikan dalam hidup dan sentiasa dilindungi Allah.
Pasti semakin kuat rasa rindu antara adik-beradik ini apabila sudah lama tak bersua, kan?
Apapun, kami di Hot FM ingin mengucapkan happy 25th birthday to Raysha Rizrose!
Sumber: Instagram Nelydia Senrose