Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sweet! Imbau Kenangan Ketika Melamar, Ini Ucapan Nabil Mahir Sempena Hari Ulangtahun Kelahiran Ayda Jebat

today18 March 2021

Background

Sambutan hari ulangtahun kelahiran pasti indah jika dapat diraikan bersama insan tersayang.

Tarikh 17 Mac 2021 adalah merupakan ulangtahun kelahiran pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang ke-29.

Bersempena dengan hari tersebut, suami Ayda iaitu pengacara Nabil Mahir telah memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Melalui hantaran itu, Nabil memberitahu tentang keputusan terbaik yang dilakukannya setahun yang lalu.

Beliau menulis pada ruangan caption:-

“Today last year, I made the best decision by proposing you. Now I get to wake up everyday feeling complete joy knowing you’re next to me.

@aydajebat, you are an amazing woman and I’m blessed to be able to call you, my wife.

Happiest Birthday to you baybee ❤️
I wuvv you!”

Nabil merasakan dirinya sangat bahagia kini dengan kehadiran Ayda di sampingnya.

Beliau juga mengakui isterinya itu seorang yang hebat dan bersyukur akan kurniaan memiliki Ayda sebagai isterinya.

Sementara itu, Ayda juga membalas ucapan suaminya ini.

Sweet betul pasangan suami isteri ini.

Mereka nampaknya menikmati bahagia sejak dinikahkan pada 1 Januari 2021.

Semoga mereka terus melayari bahtera rumah tangga dengan kemanisan dan gelak tawa.

Kami di Hot FM juga ingin mengucapkan happy birthday to Ayda Jebat!

 

Baca artikel berkaitan: Berada Di Kelantan, Ayda Jebat Tunjuk Bakat Dengan Persembahan Dikir Barat Dalam Kereta

Sumber: Instagram Nabil Mahir dan Ayda Jebat

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Screenshot 2021-03-18 at 10.30.35 AM

Sosial

‘Malaysia King’ Buat Hal Di Amerika Syarikat, Bakal Hadapi Hukuman Penjara Lebih 10 Tahun

Malaysia King bersama dengan rakan-rakannya telah ditahan oleh pihak polis dan bakal menghadapi hukuman yang berat di atas kelakukan mereka batuk dengan sengaja ke arah pemandu Uber di Amerika Syarikat, lapor Lad Bible. Kejadian yang berlaku pada 7 Mac di Bayview, San Francisco itu telah tular di media sosial yang menunjukkan sekumpulan wanita bergaduh mulut dengan pemandu terbabit sebelum salah seorang rakan King batuk dengan sengaja ke arah pemandu terbabit. […]

today18 March 2021