Bak kata peribahasa, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?
Sama juga lah macam apa yang dibuat oleh Syeriv Samheizy ini, tak salah lagi kalau kita katakan bahawa Syeriv sering perhatikan ibunya, Syatilla Melvin setiap kali pelakon itu bersiap.
S
Syeriv mungkin dikenali sebagai kanak-kanak yang aktif dan lucu seperti bapanya iaitu Shaheizy Sam.
Pada masa yang sama Syeriv juga seorang yang berbakat dalam bidang solekan ya!
View this post on Instagram
Buktinya si kecil itu telah merakam aksinya membuat ‘tutorial makeup ala-ala clown’ sambil diperhatikan oleh Syatilla.
Ramai turut terhibur dengan aksi Syeriv dan memuji solekan yang si kecil itu.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi ialah Syatilla sempat terkentut waktu Syeriv rakam tu sehingga membuatkan si kecil itu terkejut.
“Bubu, you kentut ke?”
Comel lah Syeriv ni, dah la petah bercakap.
Risau lepas ni adiknya Sarima tu pun mesti jadi mangsa kena makeup oleh Syeriv!