Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Syukur Berat Badan Semakin Naik, Ramai Tumpang Gembira Dengan Perkembangan Kesihatan Elyana

today23 June 2021

Background

Buat yang mengenali penyanyi dan pelakon Elyana, anda mungkin tahu keadaan kesihatan beliau yang merosot akibat bertarung dengan kanser limfoma tahap empat.

Baru-baru ini beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan radioterapi dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas dengan lebih baik.

Elyana juga dibekalkan dengan susu untuk dimasukkan ke dalam tubuh kerana berat badan yang susut.

Alhamdulillah pada 23 Jun 2021, beliau berkongsi khabar gembira dengan perkembangan kesihatannya.

Baca artikel berkaitan: Kongsikan Kata-Kata Semangat Sempena Hari Kanser Sedunia, Peminat Puji Elyana Kuat

“Alhamdulillah!
Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg…
Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu2 sedekah makanan pada saya..i love u!”

Elyana bersyukur akan perkara itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Berita baik ini disambut dengan rasa syukur oleh orang ramai melalui ruangan komen.

Semoga Elyana terus kuat melawan penyakit yang dialaminya dan semoga keadaan kesihatannya akan semakin membaik.

 

Sumber: Instagram Elyana

Written by: Hasanah Yusof


Previous post