Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Syukur Sambut Hari Jadi Bersama Suami, Ernie Zakri Tak Gentar Usia Hampiri 30 Tahun

today24 June 2021

Background

Tanggal 23 Jun 2021 merupakan hari jadi penyanyi Ernie Zakri yang ke-29.

Beliau menyambutnya tahun ini buat kali pertama bersama suami tercinta yang juga seorang penyanyi, Syamel.

Baca artikel berkaitan: Seronok Dengar Lagu Raya Baharu, Ramai Terhibur Tengok Keletah Syamel Dan Ernie Zakri

Ernie sebenarnya merasa agak sedih kerana tidak dapat meraikannya bersama keluarga, namun beliau tetap bersyukur kerana ada suami di sisi yang menyambutnya dengan beliau.

“Salam 29 all! ?

Syukur alhamdulillah, diberi kesempatan sambut ulangtahun pertama kali with my husband.

Walaupun sedih tak dapat sambut dengan family, tapi BangMel comel buat kita tak rasa sedih ?❤️”

Bakal berusia 30 tahun pada 2022, Ernie tidak merasa gundah akan hal itu kerana baginya ia adalah sekadar nombor.

“Apa? Tahun depan 30? Ala nombor je tu. Inshallah moga diberi kesempatan mencecah 30 an, aamin ?”

Sementara itu meninjau ke akaun Instagram Syamel, beliau ada menulis ucapan buat isterinya melalui satu hantaran yang dimuat naik.

Melalui ucapan yang dibuat, Syamel cukup romantis dengan menulis bahawa beliau akan menjaga Ernie hingga syurga.

“Semoga diberkati oleh Allah sentiasa, Dipanjangkan umur dan Diberikan kesihatan yang baik serta dipermudah segala urusan dunia akhirat.
Sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Permata hati yang akan kujaga hingga ke syurga. Insya Allah❤️. HAPPY BIRTHDAY! @erniezakri”

Semoga rumah tangga mereka sentiasa indah dan bahagia bersama.

 

Sumber: Instagram Ernie Zakri dan Syamel

Written by: Hasanah Yusof