Hot FM

“Tahniah Esok 7K!” Bagai ‘Meraikan’, Iman Troye Dianggap Tak Sensitif Isu COVID-19

Nama penyanyi Iman Troye mungkin boleh dianggap masih baharu dalam industri seni kerana hanya satu sahaja lagu nyanyiannya yang telah membuatkan ramai mengenali dirinya.

Penyanyi kelahiran program I Can See Your Voice Malaysia Season 2 (ICSYV2) nampaknya telah tersilap langkah apabila twit yang dimuat naik olehnya telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan pengikutnya di laman Twitter.

Iman telah memuat naik twit berkaitan peningkatan kes COVID-19 yang mana mencapai angka 6,976 pada 23 Mei lalu, namun twit itu telah membuatkan dirinya dikecam hebat oleh warganet kerana dilihat berbaur perlian yang sangat melampau.

Baca juga artikel berkaitan:

Majlis Buka Puasa Tak Ikut SOP Dihadiri Para Selebriti, Netizen Minta Buat Laporan Polis

Ditambah pula pada akhir twit tersebut, penyanyi muda itu turut meninggalkan hashtag #KerajaanGagal yang membuatkan ramai berang kerana sebelum ini beliau juga dilihat telah melanggar SOP dan disebabkan itu beliau dilihat ‘tidak layak’ untuk menulis seperti demikian.

Ramai warganet dilihat telah meninggalkan komen nasihat serta kecaman kerana beliau dilihat seperti tidak sensitif terhadap peningkatan jumlah kes harian.

Ditambah pula dengan kes kematian yang semakin tinggi, itu yang membuatkan mereka naik berang terhadap twit tersebut.

Ada juga yang sempat menasihatinya supaya bersikap lebih sensitif dan bayangkan jika ada salah seorang daripada ahli keluarganya dijangkiti virus tersebut, sudah semestinya beliau akan berasa sedih dengan apa yang sedang berlaku.

Mungkin niat iman hanya untuk meluahkan rasa kecewa sahaja tetapi disebabkan keadaan semakin membimbangkan, itu yang membuatkan ramai naik angin.

Apa yang terjadi ini mungkin boleh diambil sebagai pengajaran kepada selebriti yang lain kerana apa yang terjadi kini bukanlah pertandingan yang perlu kita raikan sebagai kemenangan.

Baca juga artikel berkaitan:

“Auto Unfollow!” Letak Caption Ada Love Siap Pakai Baju Putih, Naim Daniel Dan Iman Troye Bercinta?

Sumber foto: Twitter Iman Troye

Exit mobile version