Adakah sekarang tengah musim ramai selebriti menamatkan zaman bujang mereka, lebih-lebih lagi sebelum menjelang bulan Ramadhan?
Penyanyi Ismail Izzani kini telah menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikutnya di laman Instagram selepas memuat naik fotonya bersama dengan kekasih iaitu Shalma Eliana.
Foto yang dimuat naik oleh Ismail atau lebih mesra disapa Mael itu telah menimbulkan tanda tanya kerana ketika itu mereka berdua masing-masing memakai baju formal bagi menghadiri sebuah majlis.
Namun sebenarnya ia bukan lah majlis pertunangan Mael dan Eliana, tetapi majlis perkahwinan kakak Mael sendiri.
Mesti ramai yang dah tak senang duduk bila dapat tahu tentang berita ni kan?
Tapi apa salahnya juga kalau betul Mael dan Eliana bertunang, maklum lah mereka kan dah lama bercinta.
Mana tahu sebenarnya mereka berdua memang ada merancang untuk langkah seterusnya dalam perhubungan?
Apa pun kita doakan yang baik-baik buat Eliana dan Mael ya.
Sumber foto: Instagram Ismail Izzani