Baru sahaja berusia dua tahun lebih, pastinya membuatkan anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden masih tidak fasih untuk bercakap, ini pula untuk meluahkan perasaan.
Pelakon filem Juvana itu ada memuat naik satu video berdurasi 2 minit menunjukkan Jayden sedang menangis di dalam kereta sehingga membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa punca menyebabkan si kecil itu menangis.
View this post on Instagram
Walaupun belum fasih bercakap tetapi Jayden masih lagi berusaha untuk meluahkan perasaannya kepada Sharnaaz dengan menggunakan bahasa ‘asing’.
Ramai yang terhibur dan bersimpati terhadap Jayden serta berharap agar Sharnaaz dapat meletakkan subtitle supaya mereka dapat memahami apa yang dikatakan oleh Jayden.

“Takmau nangis. Aaajommm!”
Nampaknya itu sahaja perkataan yang boleh kita fahami daripada video tersebut.
Rupa-rupanya di akhir video kita dapat kenal pasti punca Jayden menangis meluahkan perasaan sedihnya itu.
Punca mengapa Jayden jadi begitu ialah keran si kecil itu mahu bermainan perminan bowling ketika berada di dalam kereta sambil kereta bergerak.

Alamak Jayden, memang la tak boleh sebab kereta bergerak nanti jatuh juga pin bowling tu!
Apa pun semoga Jayden dapat membesar menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya ya!
Sumber video dan foto: Instagram Sharnaaz Ahmad