Connect with us

Yang Hangat

Tak Dapat Bangun Setelah Berlaga Pipi Dengan Peminat, Aksi Siti Sarah Di Pentas Menghiburkan Ramai

Sarah dilihat beberapa kali cuba untuk bangun namun gagal

Published

on

Sudah lama kita tidak dapat menyertai aktiviti hiburan secara terbuka disebabkan penularan wabak COVID-19.

Namun, kemeriahannya masih dapat diimbau kembali, betul tak?

Pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu telah memuat naik satu video lama ketika beliau mengadakan persembahan bersama isterinya yang mana ketika itu belum lagi adanya kes COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Baca artikel berkaitan: Lancar Bertutur Loghat Terengganu, Peminat Terhibur Dengan Perkongsian Sarah Raissuddin

“Masa ni last organizer ni panggil kitorang ?

Dah dengar Semakin Benci Semakin Cinta??? #SebelumPkp #Sebelumcovid”

Melalui video tersebut, terdapat seorang peminat menghampiri isterinya, Siti Sarah di pentas.

Oleh itu, Sarah duduk seketika untuk bersalam, berlaga pipi dan bergambar bersama.

Namun selepas itu, Sarah dilihat menghadapi kesukaran untuk bangun semula walaupun sudah mencuba beberapa kali.

Shuib yang menyedari perkara itu menghampiri isterinya untuk memberi pertolongan.

Aksi mereka dilihat lucu kerana pasangan itu sedang membuat persembahan nyanyian.

Mereka juga ketawa ketika di atas pentas kerana kejadian tersebut.

Sementara itu melalui ruangan komen, ramai yang memberi pendapat mereka untuk hantaran berkenaan.

Mungkin kerana kasut Sarah yang tinggi, maka ia menyukarkan beliau untuk bangun pada waktu itu.

Apa-apa pun, pasangan Shuib dan Sarah tetap dilihat sweet dan menghiburkan ramai.

 

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di