Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Tak Kekok Jaga Anak, Peminat Puji Sharnaaz Ahmad Seorang Duda Yang Mesra Dan Sempoi!

today29 June 2021

Background

“Steady babah joget…like father like son”

Comel! Siapa sahaja tidak jatuh hati jika melihat gelagat si kecil menari-nari bersama sang ayah, bagaikan sesuatu yang mustahil untuk disaksikan kerana selalu yang biasa kita lihat adalah apabila seorang bapa lebih mesra untuk melayan aktiviti sedemikian jika bersama anak perempuannya.

Malah apa yang lebih menarik lagi, status “duda popular” yang diberi  tidak sesekali membuatkan aktor ini kekok untuk menjaga anak tunggalnya, Sharnaaz Ahmad tetap berpegang pada pendiriannya untuk sentiasa mencari ruang untuk melakukan aktiviti bersama cahaya matanya.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Sharnaaz berkongsi video menari bersama anak lelakinya, Jebat Jayden yang terlihat begitu gembira sekali, gelagat seorang bapa yang sempoi tentu sekali dapat mengeratkan ikatan kemesraan dalam sebuah perhubungan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

Mengetahui bahawa Sharnaaz ini mungkin mempunyai sisi wajah yang bengis apatah lagi kerana sering memainkan watak yang ganas mahupun samseng dalam bidang lakonan namun sifat penyayangnya juga sudah tentu dapat membuatkan ramai orang cair tatkala melihat selebriti ini bersama anaknya.

Hal yang demikian membuktikan keakraban selebriti ini dengan anaknya sememangnya tidak dapat dinafikan malah mengetahui bahawa berapa ramai bekas suami dalam dunia ini yang masih mahu mengambil peduli perihal keperluan anak selepas bercerai dengan bekas isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tanggungjawab selebriti ini sebagai seorang bapa meskipun terpaksa mengakhiri status rumah tangganya dengan penceraian pada 9 Julai 2020.

Jika ditanya kepada mana-mana lelaki, tiada jejaka yang berharap untuk menjadi duda apatah tika di usia yang masih muda.

Malah tidak ada celanya untuk bergelar duda, tetapi tidak semua mampu untuk menggalas tanggungjawab selepas memegang status berkenaan apatah lagi jika mempunyai zuriat yang harus dijaga.

Mengetahui bahawa tiada definisi khusus untuk mengasuh anak-anak kecil secara semula jadi, tetapi pada dasarnya ia merujuk kepada gaya hidup yang dipamerkan oleh ibu bapa bersama anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian dan nilai kasih sayang yang mencukupi.

Malah untuk mencapai matlamat pembelajaran dan membesar bersama melalui tanggungjawab sebagai bapa yang bergelar duda, melakukan pelbagai hal bersama adalah sangat penting untuk mengeratkan lagi sesuatu hubungan.

Dengan melakukan aktiviti menyeronokkan, ia bukan sahaja memberi detik indah yang positif, tetapi dapat mengeratkan ikatan kemesraan, malah meluangkan masa berkualiti bersama juga memberi peluang kepada seorang bapa dan anak lebih menghargai waktu terluang dan berinteraksi.

Alahai comel je kan “anak bapak ni” berjoget, jarang sebenarnya nak tengok Sharnaaz ni menari-nari.

Apa-apa pun, semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini sentiasa berkekalan selalu ya.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Written by: Azra Azuar


Previous post