“Subhanallah…Cinta Sejati ??? Semoga sampai syurga ya. Happy Birthday”
Siapa sahaja tidak cair mendengar setiap tutur katanya yang lembut justeru sering disenangi oleh banyak pihak tidak mengira lapisan umur mahupun bangsa, aktif berdakwah dengan cara terpuji, peribadi mulia ini sangat terkenal dalam menyantuni isterinya.
Pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew bagaikan menjadi suami idaman buat seluruh wanita yang bergelar isteri kerana mengetahui sifatnya yang sentiasa menghormati orang tersayang malah setiap kali memuat naik perkongsian di laman Instagram miliknya, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya itu.
Terbaharu! Ustaz Ebit Lew seolah-olah muncul kembali di laman Instagram dengan hantaran khas dedikasi buat isteri tercinta setelah dikatakan ‘menyepi’ buat seketika demi memberi laluan dalam menjayakan misi bantuan kemanusiaan ke tanah G4z4.
Memuat naik gambar di laman Instagram, Ustaz Ebit Lew menitipkan ucapan penuh makna khas buat isterinya meskipun berada jauh di negara perang namun ingatan tulis buat “bidadari syurga” yang dimilikinya ini dikatakan sentiasa menjadi penguat semangat untuk terus berjuang demi agama dan sawarjagat.
View this post on Instagram
Hantaran yang dimuat naik itu seolah-olah menggambarkan kerinduan yang mendalam kepada isteri dan anaknya kerana mungkin kali ini beliau tidak berkesempatan berada di sisi keluarga tercinta untuk meraikan sambutan hari lahir namun kiriman hadiah sempat diberikan bagaikan rapi dalam membuat segala perancangan.
“Sorry bidadariku sayang abang tiada dirumah. Masih berada jauh…Sorry yer sayang. Jawab bidadari saya, tak per abang. Perjuangan abang hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan…”
Menjengah ke ruangan komen, seluruh warganet meluahkan rasa kagum terhadap Ustaz Ebit Lew kerana memiliki isteri yang begitu memahami serta sentiasa memberi dorongan buat dirinya kerana di belakang setiap lelaki yang hebat pasti berdirinya seorang wanita yang unggul.
Mengetahui bahawa segala bantuan yang dihulur bukan sekadar di seluruh pelusuk tanah air sahaja malah rezeki yang dikongsikan menjangkau fikiran kerana keringat untuk berjasa tidak pernah berhenti demi menolong pelbagai lapisan warna kulit, agama dan bangsa.
Meskipun terdapat desas-desus mengenai ‘kehilangan’ pendakwah kesayangan ramai ini ketika misi bantuan dijalankan, namun menurut laporan berita beliau telah dikhabarkan berada dalam keadaan baik dan mengharapkan doa daripada orang ramai.
“In sha Allah Ustaz…jangan risau doa isteri hebat buat suami pastinya allah makbulkan…semoga ustaz berjaya menyelsaikan misi bantuan dan pulang ke pangkuan isteri tercinta dengan selamat…apa-apa pun Sanna Helwah buat isteri ustaz”
Wah! Hebat betul insan yang bernama Ebit Lew ini kan, semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah (SWT) dan sentiasa melindungi ustaz dan keluarga tercinta.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Ustaz Ebit Lew