Pada saat ini semua orang dilihat sedang struggle untuk meneruskan kehidupan di alam pandemik yang penuh mencabar ini.
Kebanyakan pihak kini sudah mula mengambil inisiatif untuk melakukan self lockdown bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

Baca juga artikel berkaitan:
“Saya Bagi RM500!” Michael Ang Cari 10 Orang Mampu Buat Self Lockdown, Ada Ganjaran Menanti
Namun sebagai pelakon yang perlu menjalani penggambaran, sudah semestinya perkataan ‘self lockdown’ itu tidak wujud dalam diri mereka.
Pelakon Janna Nick telah menyuarakan luahan perasaannya berkaitan tindakan self lockdown yang menjadi bualan hangat kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini.

“lf lockdown ? Hmm ntah lah nak.. Kalau company tu bapak kita punya boleh la self lockdown.. Kalau tak..selagi tak positive selagi tu la terpaksa keluar bekerja. Lagi satu, ingat berlakon boleh pakai mask ke? Ntah la.. Bukan nak merungut.. kita ni risaukan orang lain..family.. Takut kita ni jadi silent carrier..”
Bagi Janna, ia merupakan satu perkara yang mustahil bagi mereka sebagai selebriti untuk tidak pergi bekerja dan apa yang lebih merisaukan baginya ialah mereka tidak memakai pelitup muka ketika berlakon jadi di situ sahaja sudah nampak risiko untuk mendapat virus berkenaan.

“Tak keluar pergi kerja kang kena saman pulak sebab langgar contract… Sorry terpaksa luahkan..”
Mungkin apa yang boleh mereka lakukan sebagai selebriti ialah kekal menjaga SOP ketika berada di set penggambaran dan sentiasa menjaga kebersihan diri.
Semoga kita semua dijauhkan daripada virus bahaya ini dan semoga tidak lama lagi semuabini akan berakhir.
Baca juga artikel berkaita:
Pernah Cuba Bunuh Diri Beberapa Kali, Janna Nick Disahkan Alami Bipolar Disorder
Sumber foto: Instagram Janna Nick