“Tabarakallah…sedapnya nama…tak perlu nama yang moden-moden ala-ala matsalleh berbelit lidah nak disebutnya, cukuplah makna disebalik nama yang tersirat menjadi doa yang bakal dipanggil di akhirat kelak… Masha Allah Tahniah Dato Siti”
Nama merupakan panggilan atau ‘alamat’ bagi menyeru seseorang, oleh yang demikian ianya menjadi satu kewajiban bagi setiap ibu-bapa untuk menghadiahkan pemberian nama atau panggilan yang membawa makna yang baik dan mulia.
Dengan wujudnya nama sebagai identiti, maka seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah.
Mengenali penyanyi tanah air kesayangan Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah secara rasmi buat julung kalinya mendedahkan wajah ‘mungil’ anak keduanya berserta pemberian nama buat putera kesayanganya yang telah genap tujuh hari pada hari Isnin lalu dengan menamakan panggilan Muhammad Afwa.
View this post on Instagram
Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, makna dan maksud yang tersirat pada nama yang diberi itu membawa tafsiran sebagai keampunan dan kemaafan.
Jelasnya, beliau dan suami, Datuk K atau Khalid Mohamad Jiwa telah ‘menyunting’ nama tersebut menerusi ayat yang terkandung di dalam doa pelengkap afiyah.
Rata-rata warganet memuji makna gelaran nama yang diberi oleh penyanyi itu kerana terlihat lebih indah takrifnya berbanding cara sebutan ‘modern’ yang mungkin menjadi ‘keutamaan’ ramai.
Perkataan ‘Afwa’ itu sendiri membawa erti yang baik dan sering dipanjatkan melalui bacaan doa ketika kehadiran malam Lailatul Qadar.
“Doa malam lailatul qadar yang dianjurkan untuk dibaca ketika tiba malam lailatul qadar.
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيDibaca:Allahumma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’fu ‘Annii
Ertinya:
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku”.
Selain kata-kata yang baik-baik dihadiahkan buat Muhammad Afwa semenjak awal kelahirannya pada tanggal 19 April lagi, peminat-peminat Dato’ Siti Nurhaliza juga mengirimkan doa buat penyanyi kesayangan mereka ini agar proses pantang yang perlu dijalani ini sempurna dan dapat dilalui dengan penuh rahmat dan sihat hendaknya.
Masha Allah! Indah betul nama diberi, semoga nama anak ini menjadi asbab kepada setiap kebaikan dan menjadi anak yang soleh serta penyejuk mata buat ibu dan ayah.
Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Dato’ Siti Nurhaliza & Facebook Jabatan Mufti Negeri Sembilan