Hot FM

Tak Sanggup Jalani Ujian Calitan Sekali Seminggu, Janna Nick Perlukan Vaksin

Setakat 8 Mac 2021, Malaysia masih lagi belum menang menentang wabak COVID-19 namun, trend penurunan kes harian dapat dilihat.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih lagi dinasihatkan untuk terus patuh arahan pihak berkuasa dengan duduk di rumah sekiranya tiada kepentingan di rumah, amalkan kawalan kendiri dan jaga jarak fizikal masing-masing.

Terbaharu, pelakon dan pengacara Janna Nick telah memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang menjalani ujian calitan.

“I really need vaccine, I can’t continue like this,”

Menurut Janna, beliau perlu melakukan ujian calitan seminggu sekali setiap kali masuk ke lokasi penggambaran baharu, program televisyen baharu dan bangunan baharu.

Janna turut menyatakan bahawa beliau amat memahami keadaan ketika ini di mana orang ramai perlu mengambil pendekatan berhati-hati supaya pandemik tersebut tidak menular.

“I just hope the vaccine really works & things can go back to normal,”

Dalam posting yang sama Janna mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia.

Menerusi kapsyen itu juga, Janna mengajak orang ramai supaya berbuat baik sesama sendiri, berhenti cemburu dan elak sebar kebencian.

“Theres no need to feel insecure. We are all beautiful, smart, successful in our own ways,”

Selamat Hari Wanita Sedunia daripda Hot FM dan semoga Malaysia segera pulih daripada wabak COVID-19!

 

Sumber foto & video: Instagram Janna Nick

Exit mobile version