Hot FM

“Tak Tahu Birthday Siapa,” Ayda Jebat Dihujani Ucapan Hari Lahir Pada Tarikh Yang Salah

“Birthday Ayda Jebat dah lepas…Nabil pun dah lepass…Baby pulak baru 6 bulan…Korang sambut birthday siapa ni erk?!??”

Tahun ini pastinya menjadi detik paling bahagia buat pasangan suami isteri, Ayda Jebat dan Nabil Mahir apabila mendirikan rumah tangga pada 1 Januari serta tidak lama kemudian diselangi dengan berita gembira Ayda berbadan dua.

Sentiasa mempamerkan telatah ceria dan ‘nakal’, pasangan suami isteri ini sudah pasti tidak sabar untuk bergelar ibu-bapa buat pertama kali.

Mengetahui bahawa pasangan ini sememangnya sweet dan suka menyakat, Ayda Jebat dikatakan menerima kejutan Hari Lahir meskipun bukan pada tarikh yang betul.

Memuat naik gambar di laman Instagram, penyanyi ini dihujani kiriman doa serta ucapan Hari Lahir oleh para peminat.

caption:

 “Awak tengah perhatikan rambut kita kan? Kita pulak tengah perhatikan awak duduk rumah ke tak Lockdown ni start esok…

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Ayda Jebat terlihat begitu lucu meskipun rambutnya diikat ke atas dengan mimik muka yang seakan-akan ‘keliru’ dengan apa yang sedang terjadi.

“tak fahamla Nabil ni…hahaha”

Sambutan yang disambut pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana mengetahui bahawa hari tersebut bukanlah merupakan Hari Lahir atau sebarang tarikh ‘istimewa’ namun pasangan ini tetap menyambut tanpa menjelaskan sambutan apa yang sedang mereka raikan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat juga turut ‘tertipu’ dengan gambar Ayda yang berlatarkan belon, ramai yang tidak henti-henti menitipkan ucapan hari lahir buat penyanyi berbadan genit ini.

 

Sentiasa dikelilingi peminat tersayang, Ayda tetap melahirkan rasa terharu apabila terdapat di antara pengikutnya yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya meskipun ianya bukan pada tarikh hari lahir sahaja.

Mengetahui bahawa pasangan ini sememangnya gila-gila dan sering melakukan prank, maka tidak hairan lah jika ini merupakan ‘angkara’ Nabil yang mahu bergurau dengan isteri tercinta.

“Niat lockdown untuk 2 minggu jangan lupa. Rambut kita tu laki kita punya kerja. Dia nak kita terbang lepas ikat belon banyak tu. Oklah, Selamat malam. Stay safe.

Penyanyi ini turut meninggalkan pesanan buat peminatnya untuk tetap patuh berada di rumah sepanjang tempoh total lockdown itu masih bersikap lucu dalam menyampaikan peringatan buat pengikutnya.

“Kita harap makcik sebelah yang cakap kita ‘manusia ke ni’ tak comment kita lagi. Saya tak mampu nak selfie senyum meleret cam dia. Oklah bye”

Eh tak kisah lah, birthday siapa pun, yang penting tak sabar bethol nak tunggu kelahiran hari lahir Ayda Jebat junior pada Oktober nanti!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Ayda Jebat

Exit mobile version