Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tak Tenteram Tinggalkan Anak Dengan Suami, Aksi Shaheizy Sam Jaga Anak Bikin Syatilla Melvin Terlopong

today11 May 2021

Background

“penat main polis tembak-tembak agaknya ni hahaha”

Kesabaran amat penting dalam membina keluarga bahagia, selain penat mengemas rumah, memasak, membersihkan susu yang tumpah dan mendengar anak menangis, si ibu lah yang sering memikul tanggungjawab menjaga anak hampir sehari-hari bagaikan menatang minyak yang penuh selain suami sibuk bekerja.

Kadang-kala tidak hairanlah jika ada waktu si ibu menghadapi tekanan namun terlihat agak normal bagi individu yang bergelar ibu iaitu merasai sedikit emosi misalnya sewaktu si kecil tidak henti bertanyakan soalan yang sama berulang kali.

Hal ini tidak janggal bagi para ibu untuk menjalankan tanggungjawab mereka menjaga anak-anak yang sudah menjadi kebiasaan yang dilakukan, namun situasi mungkin berbeza jika sang ayah pula yang menjaga anak mereka pada waktu si ibu sedang sibuk memasak dan sebagainya.

Jika para isteri sedang menyiapkan keperluan mencuci, tentu saja peranan ayah untuk menjaga dan mengawasi anak-anak- anak ini juga penting.

Kadang-kala terdapat jenis bapa yang sangat teliti mengawasi anaknya ketika ketiadaan ibu dan ada juga yang sebaliknya.

Hal yang demikian dapat diperlihatkan oleh pasangan pelakon, Syatilla Melvin memuat naik luahan di laman Instagram miliknya mengenai telatah suaminya, Shaheizy Sam ‘menjaga’ anak.

caption:

“Aku ni mintak tlg tengok anak kejap ja sebab nk cuci toilet bilik. Hbis cuci ni yg aku dapat??Dagu ibu sampai mcm tu keadaan dia????yang si bapak xpayah cakap lah, siap bertilamkan sejadah?mungkin dia boleh bgi alasan tertidoq lepas sembahyang. Sebb tu kalau bapak bawak keluaq anak, aku jdi xtenteram kt rumah. Sapa sama???laki sapa mcm ni jugak?”

Lucu! Rupanya apabila suami diberi tanggungjawab menjaga anak kecil, pelbagai ragam dan celoteh dapat disaksikan oleh para ibu sehingga kadang itu, mak-mak cuma boleh pasrah sahaja.

Perkongsian Syatilla atau dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini jelas menerangkan reaksi dirinya yang amat terkejut setelah melihat perilaku suaminya yang telah tertidur ‘sambil’ menjaga anak.

Walaupun sesekali perasaan marah itu ada, tapi pastinya apabila dikenang kembali aksi celoteh anak bapak ini, hati panas si ibu boleh menjadi sejuk semula.

Meninjau ke ruangan komen milik Instagram Syatilla, rata-rata warganet meluahkan rasa geli hati apabila melihat posisi tidur Sam yang lebih menonjol sambil ‘diselimuti’ oleh karpet lantai.

“Lawak la Sam ni, hahahaha ada je eh tertidur lah apa lah, tu mimpi dah masuk ke mana dah tu yang si maknye sibuk sental lantai toilet…kalau bab jaga anak main polis-polis taknak bagi nangis boleh serah pada bapak tapi kalau nak jaga suruh duduk diam-diam memang jadi gempa bumi kejap rumah nanti eh hahaha? ? ? “

Pasangan pelakon ini sering terlihat ‘gila-gila’ dan sporting dalam menjalani kehidupan mereka, Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Eh tapi comel juga ye cara tidur Sarima dengan bapaknya, macam kembar je nasib Syeriv steady teman ibu!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Samtilla

Written by: Azra Azuar


Previous post