Siapa je yang tak sakit hati kalau kita beri amanah untuk orang sewa rumah kita dalam keadaan baik, tapi bila dipulangkan habis bersepah semua benda dibuatnya.
Pengacara yang namanya kian disebut kembali, Azwan Ali atau lebih mesra disapa dengan panggilan Diva AA telah mengambil keputusan untuk mengupah pembantu rumah atau tukang bersih untuk membersihkan salah satu rumah yang disewa olehnya.
@azwanaaliaHIRED MAID TO CLEAN UP OLD NEW VAZZ CONDO ASTANA AZWANA SEWA AT OUG PARKLANE B4 HANDED OVER KEYS TO LANDLORD ! MUHASABBAH ?????♬ original sound – DivaAA
Menerusi hantaran terbaharunya di laman Instagram, Diva AA telah mengemas beberapa bahagian di rumah tersebut sebelum meninggalkannya tetapi tetap perlukan bantuan daripada pembantu rumah agar ia kelihatan lebih bersih.
“Rumah ni agak kotor ya, ini barang-barang segala kerja. Ni cara kerja Diva, cuci fridge, kutip sampah, cuci satu rumah dan mop. Kutip sampah, punya banyak sampah ni!”
Posting tersebut turut membuatkan pengikutnya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya itu.

Diva AA turut sempat menasihati pengikutnya di laman Instagram supaya memastikan rumah sewa dibersihkan terlebih dahulu sebelum kunci dipulangkan semula kepada tuan rumah.
Bagus Diva AA bagi contoh yang baik kepada para pengikutnya, semoga lepas ni tak ada lah yang bersikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan rumah sewa.
Sumber foto dan video: Instagram Azwan Ali