Seperti kita tahu, Hidayah merupakan milik Allah S.W.T.
Bagi pelakon Nur Fazura, keputusannya untuk memakai hijab merupakan keputusan peribadinya sendiri tanpa perlu membuat sebarang pengumuman kepada peminat atau pihak media.
Baca juga artikel berkaitan:
Tak Mahu Buat Pengumuman Publisiti Jika Sudah Berhijab, Fazura Cantik Bertudung Kerana Allah
Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memakai hijab bersama busana serba berwarna merah jambu.

Penampilannya itu turut dipuji oleh pengikutnya di laman Instagram dan kebanyakan mereka berasa ‘cair’ melihat imej baharu isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.
Sebelum ini, Fazura sering tampil memakai tudung selempang biasa bagi menutup kepalanya dan kini beliau kelihatan sudah 100% memakai hijab.


Semoga perubahan yang dilakukan oleh Fazura ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Sumber foto: Instagram Nur Fazura