Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tampil Cantik Berniqab, Adira Terima Komen Positif Dan Sokongan Ramai

today26 April 2021

Background

Sejak kebelakangan ini, pemakaian niqab dan jubah dalam kalangan kaum wanita di Malaysia semakin menjadi perhatian dan boleh dikatakan ia kemungkinan impak daripada pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa yang membuat keputusan drastik untuk berniqab pada Oktober 2020.

Neelofa kini berniqab, mohon doa perjalanan baharunya dilindungi Allah - Hiburan | mStar

Selepas pengacara tersebut, ada juga beberapa rakan artis yang turut sama mengikut jejak langkahnya seperti Yatt Hamzah, Umie Aida dan Izreen Azminda yang turut memuat naik foto berniqab tetapi tidak lah berhijrah sepenuhnya, hanya memakai sebagai tanda sokongan terhadap pengacara itu.

Terbaharu, penyanyi bersuara lunak iaitu Adira Suhaimi pula mengejutkan ramai pihak apabila tampil berniqab dan memuat naik foto berserta video di laman Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???ℝ? ??ℍ???? (@adira.suhaimi)

Menulis di ruangan kapsyen :

“Fall in love ❤️ thankyou kak @sitisarahraissuddin @lovetahq ??”

Tampil ayu dan manis, Adira turut menerima komen-komen positif daripada warganet dan rakan artis, malah ramai yang memuji beliau tampak cantik mengenakan niqab.

Rupanya niqab berkenaan adalah hasil pemberian daripada penyanyi terkenal iaitu Siti Sarah yang juga usahawan yang mengeluarkan pakaian muslimah dan Adira membantu mempromosikan jubah dan niqab berkenaan.

Apa-apapun sama-sama kita doakan agar Adira terus istiqomah.

Sumber : Instagram Adira Suhaimi

Written by: Fieyna Azman


Previous post