Pelakon Tasha Shilla telah mengumumkan bahawa beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Berita gembira itu dikongsikannya melalui Instagram beliau pada 25 April 2021.
Baca artikel berkaitan: Menikmati Tempoh Kehamilan Sulung, Tasha Shilla Syukur Suami Ada Di Sisi
Melalui hantaran yang dimuat naik, Tasha memberitahu bahawa bayi lelakinya telah dilahirkan pada hari Sabtu, 24 April 2021.
“بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.”
Pelakon tersebut turut menyatakan penghargaan buat semua pihak yang sudah mendoakan serta terlibat dengan proses beliau melahirkan.
“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.
Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital dan yang paling special dalam hidup saya, Suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much. ❤️”
Dalam pada itu, Shilla sempat berkongsi doa bersempena kelahiran yang bermakna buat dirinya dan suami.
“Allahumma-la’ quluba aulaadinaa nuuron wa hik-matan wa ahlihim liqobuuli ni’matin wa ashlih-hum wa ashlih bihimul ummah.”
Arti lafaz di atas:
“Ya Allah, penuhilah hati anak-anak kami dengan cahaya serta hikmah, dan jadikan mereka hamba-hamba-Mu yang layak menerima nikmat, dan perbaikilah diri mereka dan umat ini melalui mereka.”
Kami di Hot FM ingin mengucapkan tahniah kepada Tasha dan suami atas kelahiran bayi lelaki tersebut.
Semoga dengan kelahiran itu dapat menambahkan lagi seri dalam keluarga kecil mereka.
Sumber: Instagram Tasha Shilla