Hot FM

Tawar Diri Jadi Frontliner, Aniq Suhair Rasa Sedih Uruskan Pesakit COVID-19 Di Pusat Kuarantin

Dalam waktu kesukaran sepanjang pandemik COVID-19 ini, ramai sukarelawan diperlukan bagi membantu petugas barisan hadapan dalam menjaga pusat kuarantin di seluruh Malaysia.

Pelakon Aniq Suhair yang juga merupakan selebriti media sosial telah menawarkan dirinya sebagai sukarelawan di bahagian zon merah CAC (Covid Asessment Centre) di Stadium Titiwangsa.

Bagi Aniq, ia merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana beliau turut perlu memakai pakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE) seperti yang digunakan oleh semua petugas barisan hadapan di pusat kuarantin serta hospital.

“Aniq cuba manfaatkan MCO Kali ini dengan menjadi sukarelawan. aniq tak sangka Aniq terpilih dan kemudian diminta untuk bertugas di zon merah CAC ( Covid Assessment Centre ) di Stadium Titiwangsa. Badan ditenggelami lapisan PPE, hati berasa nervous, takut dan tak sabar at the same time, alhamdulillah semua pesakit Covid-19 yang datang semuanya dalam keadaan baik, tetapi hati ni sebak bila melihat anak kecil dan warga emas turut hadir.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru orang ramai supaya tetap menjaga diri sewaktu pandemik ini dan mudahkan kerja para petugas barisan hadapan dalam melawan virus ini.

Ramai pengikutnya turut memuji tindakan yang dilakukan oleh pelakon berusia 21 tahun itu.

Mungkin kita sendiri juga dapat menjadi sukarelawan seperti Aniq bagi membantu petugas barisan hadapan menjaga pesakit di pusat kuarantin.

Semoga urusan Aniq serta petugas barisan hadapan yang lain dipermudahkan!

Sumber foto: Instagram dan Twitter Aniq Suhair

Exit mobile version