Lama sudah tidak mendengar khabar penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu iaitu Sufian Suhaimi.
Aktif dengan perniagaan yang diusahakan bersama teman rapat dikenali sebagai Farah Yusoff, penyanyi itu kini sudah berjaya dalam business pula.

Tapi mesti ramai yang ingin tahu tentang kisah peribadi Sufian dalam percintaan pula, kan?
Pada 25 Januari 2021, Sufian telah repost satu perkongsian daripada Instagram story Farah.
Menurut perkongsian itu, seorang pengikut Farah telah bertanya tentang ciri wanita yang diminati oleh Sufian.
Farah menjawab, Sufian sukakan seorang yang berpelajaran, yang memahami dirinya serta menyokong minatnya.
Selain itu, imej yang sedap mata memandang serta boleh dijadikan teman berbual turut dicirikan Farah sebagai seseorang yang diminati oleh Sufian.
Sementara itu, Sufian membalas perkongsian itu dengan menulis “Patutlah single.”
Untuk yang meminati Sufian boleh take note ya!
Semoga Sufian Suhaimi akan menemui suri hatinya tidak lama lagi.
Baca artikel berkaitan: Cover Lagu Dari Seberang, Sufian Suhaimi Harap Hubungan Malaysia Dan Indonesia Membaik
Sumber: Instagram Sufian Suhaimi dan Farah Yusoff