Connect with us

Yang Hangat

Terapkan Ajaran Islam Dalam Keluarga, Ramai Puji Cara Saharul Ridzwan Didik Anak

Saharul dan isteri sering mengajar anak-anak mereka tentang ilmu agama Islam walaupun mereka masih kecil

Published

on

Sebagai umat Islam, sudah semestinya kita perlu menerapkan ajaran agama di dalam diri anak-anak sewaktu mereka masih kecik supaya mudah untuk didik apabila sudah besar kelak.

Begitu juga apa yang dilakukan oleh pelakon Saharul Ridzwan apabila beliau dan isteri, Deena Amir sudah mula mendedahkan ilmu agama pada dua orang cahaya mata mereka.

Menerusi posting terbaharu di laman Instagram milik Saharul, beliau telah kongsikan satu video pendek menunjukkan anak-anaknya iaitu Muhammad Luth Ali serta Fateema Azzahra sedang bermesra bersamanya.

Dalam masa yang sama, caption yang ditulis oleh Saharul itu juga telah membuatkan ramai tersentuh hati.

Mereka turut memuji cara Saharul dan isteri dalam mendidik anak-anak serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Sebelum ini, Saharul sering kongsikan video serta foto menunjukkan beliau bersama Deena mengajar Ali dan Fateema untuk solat serta mengaji.

Walaupun masih kecil, usaha itu merupakan salah satu cara untuk membuatkan mereka terbiasa apabila sudah besar nanti.

Semoga cara yang dilakukan oleh Saharul dan Deena ini dapat dijadikan contoh kepada kita semua dalam membina keluarga bahagia.

Sumber foto dan video: Instagram Saharul Ridzwan

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.