Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Terima Banyak Komen Negatif Sebagai Pengacara Famili Duo, Uyaina Arshad Hampir ‘Tarik Diri’

today3 March 2021

Background

Siapa yang pernah menonton program realiti nyanyian terbaharu, iaitu Famili Duo yang sedang bersiaran selama lapan episod di saluran TV3, pada ahad malam pasti tahu bahawa pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad telah dipilih menjadi hos untuk rancangan berkenaan.

Namun disebalik keterujaan Uyaina mengacarakan program tersebut, ada pula komen-komen pedas yang diterima ketika mengacarakan program Famili Duo, yang mengatakan dirinya tidak sesuai mengacarakan rancangan tersebut sehingga terdetik rasa beliau untuk menarik diri.

UYAINA kekalkan prinsip berusaha sehingga berjaya.

Menurut Uyaina, beliau membaca setiap teguran dan komen negatif yang diberikan itu, bagaimanapun mengakui menjadikannya pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri.

“Saya membaca kesemua komen diberikan. Saya menerima segala komen negatif dan positif sebagai pembakar semangat. Saya mohon diberikan ruang untuk memperbaiki diri dan berharap kekal bersama saya dalam perjuangan ini.

“Mengacarakan program secara berseorangan tidak mudah. Banyak yang perlu saya belajar, walaupun ada terdetik rasa patah semangat dan nak tarik diri ketika membaca komen-komen yang diberikan itu,” katanya.

Bakat Menyerlah Di Indonesia, Uyaina Arshad Takkan Lupakan Tanah Air | Gempak

Enggan membiarkan komen negatif mematahkan semangatnya, Uyaina memohon sokongan daripada semua pihak untuk melihat dirinya bangkit dan terus berjaya.

“Jika dilihat pengacara hebat tanah air pun pernah menjadi ‘orang baru’ dan mereka juga jadi bagus secara berperingkat. Saya harap saya juga begitu.

“Bagi saya proses untuk menjadi bagus bukan mudah. Apa yang saya lalui sekarang adalah proses pembelajaran. Doakan kejayaan saya,” katanya.

Uyaina Arshad, Didie Alias & Mark Adam Hangatkan Program Realiti Nyanyian Keluarga, Famili Duo!

Famili Duo adalah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian famili dengan menampilkan 40 pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bersama ahli keluarga mereka.

Selain menyaksikan pembabitan Uyaina sebagai pengacara, program terbabit turut menampilkan Didie Alias dan Mark Adam sebagai juri tetap.

Kami di Hot FM mendoakan supaya Uyaina tidak patah semangat dan terus percayakan kebolehan diri.

Sumber : Harian Metro

Baca artikel berkaitan : Uyaina Arshad Is Taken, Dedah Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

“Nasib Baik Sempat Tarik” – Ibu Sakan BerTikTok, Anak Selamba Sumbat Tombol Laci Ke Mulut

Hal ini kerana mereka lebih cenderung untuk mencuba apa jua jenis objek di sekeliling yang mereka tidak pernah nampak.Tambahan pula, mereka tidak tahu bahawa objek tersebut boleh membahayakan diri mereka. Justeru, ibu bapa haruslah memantau dengan lebih kerap agar tidak terjadi perkara yang boleh memudaratkan anak.Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita sakan bermain TikTok bersama anak-anaknya dan tersedar sesuatu berlaku di akhir video.Lihat video... Klik […]

today3 March 2021