Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terima Dakwaan Rumah Tangga Goyah, Rozita Che Wan Petik Nama Wartawan Terkenal

today20 April 2021

Background

Tiada angin tiada ribut, namun pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta telah menerima berita kurang enak berkenaan rumah tangganya bersama Zain Saidin.

Perkara itu beliau kongsikan di Instagramnya pada 19 April 2021.

Baca artikel berkaitan: Serba Sedondon Sambut Ulangtahun Kelahiran Suami, Keluarga Rozita Che Wan Mengundang Perhatian Netizen

Che Ta menulis pada ruangan caption:-

“ni lah orang2 yang tak happy dengan tumahtangga kami !
tk kisah la wei , janji kami dan keluarga kami happy?? …”

Pelakon itu memberi respon tentang dakwaan yang diterima beliau.

Namun Che Ta tidak mahu menghiraukan gosip sebegitu kerana dirinya lebih tahu tentang keadaan rumah tangganya yang masih bahagia.

Sementara itu, beliau memetik nama seorang wartawan terkenal dalam bentuk gurauan.

“dgr kata wartawan yg dok jaja citer ni kt wartawan jgk … bukan u kan @jaydeesm ?”

Wartawan yang nama asalnya Zaidi Mohamad itu pula menulis balasan kepada Che Ta dalam ruangan komen.

Sudah menjadi adat dalam dunia hiburan, pasti wujud gosip-gosip yang tidak sahih seperti ini.

Semoga Che Ta tenang-tenang sahaja dan terus menikmati kebahagiaan bersama suami dan anak-anak.

 

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

vocket-wanita-protes-kereta-tesla-rosak-header

Sosial

Berang Isu Brek Kereta Tesla, Wanita Ini ‘Protes’ Semasa Acara Automotif Berlangsung

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Isu brek kereta bermasalah bukan saja melibatkan kereta keluaran tempatan, bahkan kereta yang dikeluarkan oleh jenama terkenal seperti Tesla turut tidak dapat lari daripada masalah yang sama. Baru-baru ini semasa sebuah acara automotif sedang berlangsung di Shanghai, seorang wanita telah membuat protes dengan berdiri di atas kereta pameran Tesla Model 3 sambil memakai baju t-shirt yang bertulis dalam... […]

today20 April 2021