Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terima Jambangan Bunga Waktu Shooting, Zul Ariffin Tengah Bercinta Dengan Siapa?

today1 April 2021

Background

Bila tengah penat bekerja dan tiba-tiba dapat kejutan daripada orang yang tersayang, mesti rasa gembira je kan?

Mungkin itu lah apa yang sedang dirasai oleh pelakon bertubuh sasa iaitu Zul Ariffin apabila beliau ada menerima sejambak bunga daripada seseorang ketika menjalani penggambaran untuk drama terbaharunya di Langkawi.

Menerusi Instagram story yang dikongsikan olehnya, Zul menunjukkan jambangan bunga itu berserta dengan caption ‘Thank you’ siap ada emoji love ya!

Adakah ini bermaksud Zul sedang menjalin cinta dengan seseorang dalam diam?

Sebelum ini juga ada ura-ura mengatakan kemungkinan beliau akan berkahwin tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemk COVID-19.

Tapi persoalannya, dengan siapakah Zul akan mendirikan rumah tangga?

Ketika awal tahun 2019 lalu, Zul ada digosipkan sedang hangat bercinta bersama dengan seorang gadis dari Ukraine tetapi tidak lama kemudian isu itu senyap begitu sahaja.

Namun pada 12 Mac baru-baru ini, penerbit Gayatri Su-lin Pillai yang juga merupakan bekas kekasih Zul ada memuat naik foto mereka bersama-sama.

Mungkinkah Zul sedang bercinta semula dengan Gayatri?

Apa pun kita doakan yang baik-baik untuk Zul dan semoga jodohnya berpanjangan hingga ke akhir hayat!

Sumber foto: Instagram Zul Ariffin

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Lelaki Ini Tak Dapat Tahan Sebak Bila ‘Kawan Baik’ Sendiri Tolong Uruskan Hal Kahwinnya

Menerusi video tersebut, kelihatan kawan baiknya itu telah menguruskan pakaian perkahwinannya dari atas hingga ke bawah.Lelaki yang dikenali sebagai Nash Khiruddin itu menulis kapsyen berharap agar persahabatan mereka selama 9 tahun akan terus berkekalan walaupun kawannya itu sudah mendirikan rumah tangga.Dia juga kelihatan bersungguh-sungguh mempersiapkan kawannya itu agar nampak segak dan tampan di hari bahagianya.Apa yang lebih menyedihkan adalah bila si pengantin lelaki menonton... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today1 April 2021