Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terima Ugutan Gambar Pisau, Didi Astillah Terkejut Diserang Oleh Orang Tak Dikenali

today2 March 2021

Background

Menjadi seorang selebriti atau public figure bukan lah perkara yang mudah kerana kadang-kala mereka perlu berhadapan dengan perkara pelik sehingga mengganggu kehidupan peribadi.

Seperti apa yang terjadi terhadap adik ipar kepada Aliff Aziz iaitu Didi Astillah, beliau kini telah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterima olehnya di laman Instagram daripada seorang wanita yang tidak dikenali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DA (@didiastillah)

Bukan hanya menerima foto sebilah pisau, tetapi pelakon berusia 25 tahun itu turut menerima kecaman kata-kata kesat daripada wanita tersebut.

Namun boleh dikatakan di sini kebanyakan ayat yang ditulis oleh wanita tersebut agak pelik dan sukar untuk difahami.

Semuanya bermula apabila soalannya berkaitan Insta story yang memaparkan penyanyi Aman Aziz tidak dibalas oleh Didi.

Disebabkan itu, wanita tersebut telah menyerang Didi sehingga memberitahu bahawa dia mahu membalas dendam terhadap pelakon yang berasal dari Sandakan, Sabah itu.

“Perempuan tu marah, maki, ugut dan hantar gambar pisau. Jujur Di tak kenal dan tak tahu apa motif dia, tak tahu apa yang marah sangat. Di akan ambil tindakan cover report sebab Di sendiri ada gambar muka dia dari social media.”

Seram ya kalau kena serang macam tu sekali tanpa tahu apa kesalahan yang kita lakukan.

Harapnya Didi baik-baik sahaja dan kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Sumber foto: Instagram Didi Astillah

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Kane, Haaland mampu atasi masalah United

London: Manchester United perlu menyasarkan Harry Kane atau Erling Haaland bagi mengisi posisi penyerang tengah, menurut legenda kelab, Mark Hughes. United meledak jaringan terbanyak Liga Perdana musim ini dengan 53 gol tetapi mereka bergelut memecah pertahanan beberapa kelab sebelum ini. Red Devils seri 0-0 dengan Chelsea di Stamford Bridge pada Ahad lalu dan ia keputusan seri tanpa jaringan keempat berturut-turut menentang enam pasukan besar dan gagal menjaringkan gol dalam mana-mana... […]

today2 March 2021