Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terkesan Dengan Apa Yang Jadi Di Palestin, Ini Tindakan Naim Daniel Dan Rakan-Rakan

today11 May 2021

Background

Dalam keadaan seluruh dunia sedang berhadapan dengan dugaan virus COVID-19, saudara Muslim kita di bumi Palestin kini sedang berjuang mempertahankan tanah mereka daripada terus dirampas oleh tentera Zionis.

Hari demi hari bermacam cara yang dilakukan oleh Zionis bagi mencapai impian mereka merebut tanah penduduk di Palestin dan kini mereka semakin mengganas dengan melakukan pembunuhan yang lebih kejam.

Walaupun kita di Malaysia tidak merasai apa yang mereka rasa di sana tetapi itu tidak membuatkan kita menutup sebelah mata sahaja, bermacam jenis bantuan telah dihulurkan bagi meringankan beban mereka.

Salah satu cara yang dilakukan oleh penyanyi Naim Daniel bersama rakan-rakan selebriti dibawah nauangan World Peace Entertainment ialah dengan menghasilkan sebuah lagu berjudul With You.

Lagu tersebut menampilkan Naim bersama dengan Ismail Izzani, Daniesh Suffian, Harris Baba dan Khai Bahar bersama-sama menyampaikan setiap bait lagu tersebut agar pendengar dapat memahami apa yang mereka ingin sampaikan melalui lagu tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Kita doakan supaya anak-anak di Palestin mampu bangun pada esok harinya dengan bunyi kicauan burung, bukan bom. Terlalu banyak darah yang tumpah, terlalu banyak air mata yang mengalir, sama sama kita satukan ummah, agar derita ini berakhir.”

Setiap bait lagu tersebut telah membuatkan para pendengar berasa tersentuh seterusnya berharap agar umat Islam di sana dapat terus kuat menghadapi ujian tersebut.

Dalam kita bersedih tak dapat pulang beraya di kampung halaman, ingatlah mereka di Palestin sana sedang berjuang mempertahankan agama dan tanah mereka!

Sumber foto dan video: Instagram Naim Daniel

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post