Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terkesan Dengan Lanjutan PKP 2.0, Adibah Noor Perlukan Kerja

today2 February 2021

Background

Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dari 5 Februari sehingga 18 Februari seakan sudah dijangka dengan angka kes baharu harian yang masih tinggi.

Berita lanjutan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media harian pada 2 Februari 2021.

Terkesan dengan perkhabaran itu, pelakon Adibah Noor telah membuat satu ciapan di Twitter miliknya.

Berdasarkan tulisannya itu, Adibah tidak tahu jika dirinya masih mampu untuk mengharungi keadaan tersebut.

Tambahan lagi, beliau juga memerlukan kerja seperti rata-rata rakyat Malaysia yang terkesan dengan PKP.

Sementara itu, ciapan daripada Adibah ini dibalas oleh para netizen yang memahami situasi yang dialami pelakon tersebut.

Semoga dikuatkan semangat dan dipermudahkan segala urusan untuk Adibah Noor!

 

Baca artikel berkaitan: “Repair Otak Jap” Adibah Noor Jalani Rawatan Bell’s Palsy

Sumber: Twitter Adibah Noor

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

Sosial

Leka Layan Video Sampai Pukul 3 Pagi, Lelaki Ini Cuak Bila Dengar ‘Suara Lain’ Menyahut

Menerusi video itu, kelihatan lelaki tersebut sedang seronok melayan video di TikTok pada pukul 3 pagi dan tergelak terbahak-bahak apabila muncul babak kelakar di skrin telefonnya.Namun sebaik saja dia gelak tawanya habis, kedengaran suara lain yang seakan-akan meniru gelaknya. Suara tersebut seperti suara seorang perempuan yang agak garau.Terkejut dengan suara itu, lelaki tersebut pantas membaca Bismillahirahmanirrahim dan memberi salam. Tiba-tiba suara tersebut menyahut salamnya... Klik sini untuk baca artikel penuh. […]

today2 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *