Jika sudah bergelar selebriti, pasti akan mendapat perhatian daripada peminat mahupun bukan peminat.
Namun lain pula ragam seorang pengikut akaun Instagram pelakon Sharifah Sakinah ini.
Pada 16 Februari 2021, Sakinah telah mendedahkan kisah mengenai pengikutnya itu.
Melalui caption, beliau menulis:-
“Pemenang DM instagram jatuh kwpada @sabirin101 . Dari july sebenarnya dia tanya busuk tak stokin. Tak putus asa walaupun takreply. Tahniah”
Mendedahkan pemilik akaun tersebut, Sakinah memberitahu mesej tentang ‘stokin busuk’ sudah diterimanya sejak Julai lalu, wah consistent betul!
Hal ini kelihatan agak lucu kerana pemilik akaun tersebut cuba mengusik Sakinah seperti itu.
Sementara itu di ruangan komen pula, ramai yang meninggalkan pendapat mereka berdasarkan perkongsian tersebut.

Sabarlah Sakinah sebab kena layan pelbagai ragam para netizen begini.
Baca artikel berkaitan: “Jaga Nama Baik Keturunan!” Muat Naik Foto Berkemban, Netizen Harap Sharifah Sakinah Terima Teguran
Sumber: Instagram Sharifah Sakinah