Hot FM

Terpelecok Ketika ‘Live’, Ramai Puji Cara Uyaina Arshad Kendalikan Program

Baru-baru ini pengacara berbakat Uyaina Arshad telah memuat naik sebuah video ketika beliau sedang mengendalikan program Wanita Hari Ini (WHI) di laman Instagram miliknya.

Ramai mungkin tahu bahawa program berkenaan adalah siaran secara langsung (live) dan ia juga bukan dirakam (recorded) menerusi saluran TV3.

Melalui video tersebut, kelihatan Uyaina secara tidak sengaja tersilap langkah atau terpelecok ketika sedang asyik bertutur.

“Sometimes, sh*t happens during live. Kita gelak jelah huhuhuhu,” tulis Uyaina

Kejadian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada peminat malah rakan artis sendiri.

Rata-rata melahirkan rasa simpati, namun ada juga yang bangga dengan kemampuan Uyaina mengendalikan program tersebut selepas kejadian itu berlaku.





Kami di Hot FM turut bangga dengan Uyaina dan sekiranya kejadian itu menyebabkan kecederaan, harap-harap Uyaina cepat sembuh..

Sumber foto: Instagram Uyaina Arshad

Exit mobile version