Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Teruja Buat Persiapan Hari Jadi Anak, Hafiz Mahamad Kesakitan Gara-Gara Kaki Tercucuk Jarum Isteri

today25 June 2021

Background

Sambutan hari jadi memang meriah jika diraikan bersama keluarga.

Walaupun sekadar disambut di rumah, namun ia sudah mencukupi memandangkan situasi COVID-19 ketika ini yang masih aktif merebak.

Pasangan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina telah menyambut hari jadi anak perempuan mereka pada 24 Jun 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Baca artikel berkaitan: Dulu Keluar Peluh, Kini Syafiqah Aina Ada Sebab Lain Ajak Hafiz Mahamad Jogging

Oleh itu, mereka mempersiapkan sendiri segala hiasan untuk sambutan tersebut di rumah.

Namun dalam keterujaan membuat persiapan, kaki Hafiz telah tercucuk jarum milik isterinya.

Perkara itu membuatkan Hafiz menjerit kesakitan manakala Aina pula membantu untuk mengeluarkan jarum tersebut.

Abang tau awak excited nak buat birthday raisya, tapi.. kenapa perempuan selalu tinggalkan jarum sepah sepah? ?”

Kejadian itu juga dilihat lucu sehingga membuatkan Aina ketawa.

Hafiz pula ada menceritakan perkara yang serupa pernah berlaku kepadanya sebelum itu.

“Pernah sekali, baru nak landing dkt katil tiba tiba rasa pedih dkt emm belakang ni. Kalini terpacak dkt kaki pulak ?. Hati hati kaum suami semua ?

Selepas ini kena hati-hati dengan penyimpanan jarum.

Walaupun ia kecil, namun rasa sakit tetap ada apabila ia mencucuk bahagian kulit.

Apa-apa pun, usaha pasangan ini untuk memeriahkan sambutan hari jadi tersebut wajar dipuji kerana mahu menceriakan anak perempuan mereka.

 

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina

Written by: Hasanah Yusof


Previous post