Mendengar ketawa pelakon Ramona Zamzam, mesti terikut ingin ketawa.
Pelakon cantik itu memang berbakat dalam menghiburkan peminat.
Pada 1 Mac 2021, Ramona telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Video tersebut menunjukkan Ramona dan suami sedang menaiki sebuat motosikal.
Ketika Ramona seronok menikmati detik itu, tiba-tiba suaminya melajukan kenderaan yang dipandu tersebut.
Melalui caption:-
“Seronoknyaaaaa petang2 naik motor until Rami decided to go fast on the bump, nasib tak terpelanting phone ?”
Kesian Ramona sampai terjerit kerana terkejut.
Lucu pula melihat reaksi beliau, nasib baik telefon tak jatuh.
Sementara itu, perkongsian ini mendapat perhatian di ruangan komen.
Baca artikel berkaitan: Alami Alahan Makanan, Wajah Ramona Zamzam Bengkak Teruk
Sumber: Instagram Ramona Zamzam