Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Terus Move On Padam Gambar, Tindakan Bagus Pemuda Ini Dipuji Hannah Delisha

today21 February 2021

Background

Seperti yang kita sudah maklum, 18 Februari lalu ramai jejaka di Malaysia telah mengalami ‘sindrom’ patah hati apabila pelakon cantik manis kelahiran Singapura, Hannah Delisha telah diijabkabulkan bersama dengan pasangannya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib dalam sebuah majlis yang cukup sederhana.

Oleh itu, sehingga kini masih ramai yang masih terkejut dengan berita tersebut serta ada juga yang sedang dalam tempoh move on daripada pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu.

Namun, tindakan seorang jejaka dikenali sebagai Amir Dauz di Twitter ini telah dipuji oleh Hannah sendiri.

Amir telah memuat naik foto yang mana menunjukkan beliau telah memadam semua foto Hannah yang ada di dalam telefon bimbit miliknya sebagai tanda move on selepas majlis pernikahan itu.

Tindakan Amir itu turut mendapat perhatian Hannah sendiri sehingga membuatkan pelakon tersebut memuji perbuatannya itu.

Ramai warganet turut memuji tindakan Amir dan menganggap ia sebagai satu tanda hormat kepada Hannah yang kini sudah memiliki suami.

Harapnya lebih ramai jejaka yang dapat move on daripada Hannah, doakan yang baik-baik untuk rumah tangganya bersama suami okay!

Baca juga artikel yang lain:

Ramai Patah Hati, Hannah Delisha Kini Sah Jadi Milik Jejaka Dari Singapura

Sumber foto: Twitter dan Instagram Hannah Delisha

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sukan

Lazio dapat suntikan semangat | Harian Metro

Milan: Luis Alberto meledakkan gol tunggal buat Lazio untuk membantu pasukannya menewaskan Sampdoria 1-0 seterusnya melonjak kedudukan ke tangga keempat Serie A sebelum turun berdepan Bayern Munich dalam aksi 16 terbaik Liga Juara-Juara minggu depan. Kemenangan enam perlawanan berturut-turut Lazio berakhir hujung minggu lalu dengan kekalahan 3-1 di tangan di Inter Milan. Namun aksi pemain Sepanyol, Alberto yang melancarkan serangan selepas 24 minit beraksi di Rome hasil hantaran silang... Klik […]

today21 February 2021