Hot FM

Terus Positif Walau Ditimpa Pelbagai Dugaan, Keletah Farid Kamil ‘Mengusik’ Diana Danielle Menarik Perhatian

Tumpang gembira apabila melihat pelakon terkenal iaitu Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil terus kuat dan ceria di hadapan umum, walaupun mereka menghadapi banyak dugaan berat sejak kebelakangan ini.

Meninjau di laman sosial Instagram Diana, beliau memuat naik satu video bergurau senda bersama Farid ketika sedang menyiapkan makanan tengahari bersama suaminya itu.

“Bukan selalulah dia nak layan kerenah I @faridkamilz KAN ?
Harini menu yang terpaling simple dan sedap” tulis Diana

Lucu hati apabila melihat keletah Farid sempoi mengacau Diana yang sedang merekod dirinya sambil menyediakan makanan tengahari itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut sama terhibur melihat keletah mereka berdua!

Sebelum ini, Istana Pahang telah menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada suami pelakon berkenaan.

Menerima keputusan Istana Pahang menarik balik gelaran DIMP, Farid berlapang dada dan bersyukur pernah merasai penganugerahan tertinggi dalam hidupnya dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri.

Sumber : Instagram Diana Danielle

Baca artikel berkaitan ; Anggap Gelaran Dato’ Anugerah Tertinggi Dalam Hidup, Farid Kamil Tetap Hormat Keputusan Istana

Exit mobile version