Sekali pandang video ni, ingatkan mereka berdua ni masih anak dara! Rupa-rupanya masing-masing baru sahaja melahirkan cahaya mata baru-baru ini.
Pelakon cantik manis, Nur Fazura nampaknya sudah merindui aktiviti lamanya sebagai seorang model dan juga pelakon selepas berehat beberapa ketika semenjak bersalin pada Oktober yang lalu.
View this post on Instagram
Fazura ada memuat naik satu video lama menunjukkan dirinya bersama dengan Fasha Sandha ketika masing-masing selesai photoshoot bersama-sama.
Menjengah di ruangan komen, ramai pengikut Fazura sempat memuji kecantikan mereka berdua dan turut berharap untuk melihat mereka berdua beraksi bersama-sama di hadapan lensa kamera.


Dalam masa yang sama, ada juga yang terhibur melihat aksi Fazura seperti sedang memberi handphone kepada adiknya (Fasha) supaya dapat duduk diam di sebelah.
Adoi, kelakar lah korang ni sampai macam tu sekali terhibur tu ya!
Difahamkan video tersebut telah dikongsikan oleh Izara Aishah kepada Fazura dan sudah semestinya ia membuatkan masing-masing merindui untuk kembali bekerja.

Rasa excited pula kalau nanti one day ada drama Izara, Fazura dan Fasha berlakon bersama-sama kan!
Sumber foto dan video: Instagram Nur Fazura