Andai sahaja kehidupan ini selesa dan tidak perlu “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” sudah pasti situasi hilang kerja yang menghimpit ini kurang dirasai peritnya, namun sebaliknya selebriti ini hanyalah pelakon sambilan yang perlu bergantung kepada pendapatan hasil daripada aktiviti seni.
Umum mengetahui bahawa serangan pandemik Covid-19 ini meninggalkan impak maksimum kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk ramai yang hilang pekerjaan seketika dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Berkongsi kisah sedih, pelakon Farhana Qismina atau lebih mesra dipanggil Sweet Qismina merupakan antara selebriti muda yang juga mengakui menerima tekanan akibat kurang panggilan lakonan disebabkan oleh situasi Covid-19 yang tidak mengizinkan.
Memuat naik hantaran di laman Instagram, Sweet Qismina meluahkan keluhan mengenai dugaan yang dihadapinya sebagai seorang penghibur tanah air dan memohon orang ramai untuk tidak pernah putus asa serta bersabar dengan apa yang sedang berlaku.

caption
“To be living as a freelance in acting, this pandemic does hit me. I doakan semua yang kehilangan kerja office or freelance, kais pagi makan pagi atau tiada pendapatan langsung & masih buntu untuk cari cara untuk survive, Allah akan beri ganjaran pahala & rezeki sewajarnya because of your kesabaran yang sangat tinggi. In shaa Allah, Allah mendengar keluhan hati kita semua. After rain, there’s definitely a rainbow ?”
Mengetahui bahawa penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown di seluruh negara ini adalah sehingga 28 Jun, hal yang demikian sudah pasti telah memberi kesan kesempitan sumber pendapatan kepada pelbagai golongan masyarakat malah ada yang sehingga ‘terputus’ bekalan makanan bagi tempoh yang amat sukar ini.

Selain itu, pelaksanaan PKP yang melarang aktiviti penggambaran untuk diteruskan itu telah memberi kesan buruk kepada selebriti-selebriti tempatan apabila hilang pekerjaan atau job sekelip mata, selama berbulan-bulan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet juga turut meluahkan keluhan yang dihadapi oleh mereka namun kata-kata semangat yang diberikan oleh pelakon jelita ini telah sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada peminatnya untuk sama-sama mengharunginya.
“its very difficult tahun lepas, tuisyen cikgu kena tutup, and hilang terus punca pendapatan, cikgu x pandai lansung pasal gadjet, terpaksa guna duit simpanan untuk beli laptop, alhmdullilah tahun ni dpt survived, tapi cukup2 makan untuk family, remember teaching u, kamu kecik lagi haha”
Walau bagaimanapun, Sweet Qismina yang sebelum ini pernah disahkan positif ketika menjani sebuah pengambaran drama dan kini dikhabarkan sembuh sepenuhnya, melihat kepada dua aspek iaitu jangkitan virus boleh berlaku pada sesiapa dan di mana sahaja apatah lagi dalam sesebuah produksi jika ada dalam kalangan mereka yang menerima jangkitan wabak berkenaan.
Dalam situasi begini, orang ramai dinasihatkan untuk akur akan setiap arahan dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, justeru tidak perlu untuk menuding jari kepada mana-mana pihak.
Apa yang lebih baik adalah sentiasa berdoa dan patuh akan setiap arahan yang diberikan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 yang semakin berleluasa.
Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Sweet Qismina