Sebelum ini, nama pereka fesyen terkenal Dato’ Rizalman Ibrahim agak panas apabila beliau menjadi tumpuan selepas isu ‘ikan salmon’ yang dikatakan hanya diberikan kepada kucing peliharannya sahaja.
Baca juga artikel berkaitan:
“Ikan Salmon Tu Kucing Aku Je Makan” Dilabel Kekwat, Netizen Selar Kenyataan Rizalman Ibrahim
Disebabkan isu itu, ramai netizen memandang serong terhadap pereka fesyen berusia 50 tahun itu.
Tidak mahu memanjangkan isu yang sudah ada, Rizalman mengambil keputusan untuk terus memadam banyak foto yang pernah dimuat naik olehnya di laman Instagram dan kini hanya meninggalkan sebanyak 73 foto sahaja.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengunci akaun Instagram miliknya supaya tidak lagi dapat di akses oleh netizen yang bukan dalam kalangan pengikutnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut dikatakan tidak akan menerima sebarang pengikut baharu di laman Instagram selepas akaun tersebut telah dikunci olehnya.
Mungkin apa yang dilakukan oleh Rizalman ini ada baiknya juga, disebabkan terlalu banyak pihak yang memandang serong terhadapnya.
Anggap sahaja lah ini merupakan dugaan buat Rizalman sepanjang tempoh PKP ini, disebabkan ramai orang yang duduk di rumah sampai ada banyak masa untuk mengecam setiap tindakannya.
Semoga Rizalman baik-baik sahaja dan teruskan memberi inspirasi kepada pengikut setianya.
Sumber foto: Instagram Rizalman