Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tidak Mahu Perempuan Bercermin Mata, Azal Pilih ‘Fikah’ Depan Rumah

today17 March 2021

Background

Sudah dijadikan fitrah manusia hidup berpasangan, bila tiba waktunya pasti hadir rasa untuk menyayangi dan disayangi.

Pada 17 Mac 2021, pelakon Zarina Zainuddin telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menurut caption:-

azal malu malu kucing last last azal cakap

azal nak kawin dengan fikah jiran depan rumah jer ???”

Video tersebut menunjukkan perbualan Zarina dan anak terunanya, Azal tentang teman wanita.

Zarina mencadangkan seseorang untuk dijadikan sebagai teman wanitanya.

Namun Azal beberapa kali menyatakan dirinya seorang lelaki yang pemalu.

Namun dalam malu-malu, Azal memberitahu bahawa beliau tidak suka perempuan bercermin mata dan hanya mahu perempuan yang bermata warna coklat sahaja.

Wah, bukan biasa-biasa taste Azal ni.

Di penghujung video itu, Azal akhirnya mengatakan dirinya memilih Fikah yang dikatakan sebagai pilihan daripada bapanya.

Menariknya, gadis bernama Fikah itu khabarnya cuma tinggal di hadapan rumah mereka.

Lucu pula melihat telatah Azal yang diusik ibunya.

Dalam malu-malu, sebenarnya hati berbunga tau.

Zarina pun mesti tak sabar nak dapat menantu, kan?

 

Baca artikel berkaitan: Bukan Senang Masuk Syurga, Zarina Zainuddin Harap Kesabaran Jaga Anak Menjadi Penyelamat

Sumber: Instagram Zarina Zainuddin

Written by: Hasanah Yusof


Previous post

vocket-tweetfamous-rupanya-lelaki-header

Sosial

Identiti Sebenar Gadis ‘Biker’ Comel Ini Terbongkar, Rupanya Beliau Seorang Lelaki

Setiap hobi lasak yang lelaki selalu buat, pasti ada sekumpulan kecil wanita yang turut berkongsi hobi yang sama. Selalunya wanita-wanita ini akan mendapat ‘perhatian lebih’ sekiranya mereka memerlukan apa-apa bantuan daripada ahli lelaki yang lain. Nama Azusagakuyuki bukanlah satu nama yang asing bagi peminat hobi motosikal berkuasa tinggi di Jepun. Dia merupakan seorang wanita comel yang aktif memuatnaik gambar-gambar aktiviti lasak dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi di... Klik sini untuk […]

today17 March 2021