Anak adalah anugerah terindah untuk pasangan suami dan isteri.
Oleh itu, kehadirannya dinanti-nantikan sejak dalam kandungan lagi kerana bakal membawa keceriaan dalam sesebuah keluarga.
Namun berita duka diterima penyampai Hot FM, Nordin Madian atau Deen apabila beliau mengetahui isterinya hamil setelah kandungan itu mengalami keguguran.
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan: Mohon Doa Daripada Orang Ramai, Keluarga Deen Di Sarawak Dijangkiti COVID-19
Melalui satu video yang dikongsikan Deen pada 9 Mei 2021, beliau menceritakan tentang isterinya, Siti Nur Warda Aminuddin atau Wada yang mengalami pendarahan pada hari sebelumnya.
“Hari jumaat hari tu sempat lari kejap beli hadiah hari ibu untuk @misswada tapi Allah sebaik-baik perancang. Ada ujian untuk kami. Semalam pergi klinik rupanya Wada miscarriage. Hari ibu yang bittersweet yet you still ada i & Leia Zarra. We love you so much. Selamat berehat & berpantang. You still the best mom in the world.”
Hari Ibu yang disambut pada hari tersebut juga berkurang indahnya dengan perkhabaran berkenaan, namun ia tidak menjejaskan gelaran Wada sebagai ibu terbaik dalam hidup Deen.
Beliau sempat menghadiahkan Wada seutas gelang tangan bersempena hari menyambut golongan ibu sedunia itu.
Sementara itu mengulas lanjut, pasangan suami isteri berkenaan tidak mengetahui tentang kehamilan tersebut kerana Wada sudah pernah membuat ujian kehamilan sebelum ini.
“Actually sebulan lepas Wada dah check samaada dia pregnant atau tak guna pregnancy test tapi keputusan negatif tak pregnant. So memang ingat tak pregnant but then bleeding ingatkan dtg bulan tapi bila check dgn doktor Sabtu lepas rupanya keguguran”
Ditanya mengenai reaksi pasangan itu, Deen menganggap ia bukan rezeki mereka.
“Of course terkejut sebab tak sangka pregnant padahal dah check sebelum ni. Agak sedih tapi takpe takde rezeki. Sekarang just nak Wada cepat2 sembuh sebab dia still kena berpantang. Doakan ye.”
Dalam pada itu, perkongsian Deen ini mendapat perhatian teman-temannya di ruangan komen.
Untuk rekod, Deen dan Wada mempunyai seorang anak perempuan bernama Leia Zarra yang kini berusia 2 tahun.
Semoga kehilangan Deen dan Wada pada kali ini akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik nanti, insya-Allah.
Sumber: Instagram Deen Hot FM