Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tinggi Suara Dengan Jasmin Hamid, Kepala Ruhainies Benjol Terhantuk Dengan Lampu

today3 March 2021

Background

Berada di set penggambaran, macam-macam kejadian boleh berlaku.

Ia termasuk juga perkara lucu ataupun tragis.

Pada 2 Mac 2021, pelakon cantik Ruhainies telah membuat satu hantaran di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Video tersebut menunjukkan adegan di mana Ruhainies telah melawan kata-kata pelakon Jasmin Hamid yang digelar Mak Ngah.

Ia berlaku di set penggambaran drama Cukup Derita Itu untuk tayangan di slot Samarinda TV3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Namun setelah adegan tersebut, Ruhainies kelihatan terhantuk dengan lampu setelah keluar dari set lakonan.

Aduh, memang nampak menyakitkan, ditambah lagi dengan bunyi kuat hantukan itu.

Melalui caption:-

“Tu la melawan la lagi? sapa gelak siap! Ellani and Mak ngah gayah inΒ #cukupderitaituΒ korang mesti tak sabar kan? Lampu tu pun buat apa tah kat situ. Tak guna punya lampu ? benjoi gak la…. “

Memberitahu situasi yang berlaku tersebut, Ruhainies juga sempat bercanda dengan menyalahkan lampu yang terhantuk dengannya.

Sementara itu, perkongsian beliau mendapat perhatian di ruangan komen.

Harapnya kepala Ruhainies tu okay la ye walaupun katanya ada benjol juga.

 

Baca artikel berkaitan: Buat Kejutan Hari Jadi Ibu Dalam Kapal Terbang, Ruhainies Throwback Kejadian Setahun Lalu

Sumber: Instagram Ruhainies dan Jasmin Hamid

Written by: Hasanah Yusof


Previous post