Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Tiz Zaqyah Syukur Ibu, Bapa Bebas COVID-19

today11 May 2021

Background

Benar! segala yang terjadi sudah tertulis takdirnya namun usah pandang enteng dengan ‘keajaiban’ berdoa, setidak-tidaknya berjuanglah untuk menghindari sesuatu kemudaratan kerana mengalah pada ketentuan sahaja tidak boleh menjadi alasan.

Sudah menjadi stigma masyarakat bahawa individu yang menghidapi virus wabak Covid-19 merupakan pesakit berbahaya dan perlu dijauhi, individu yang dijangkiti menjadi satu ketakutan besar buat masyarakat di seluruh negara.

Mungkin segelintir daripada kita bukan sahaja tidak memberi sokongan moral kepada mereka yang dijangkiti malah seolah-olah bertindak menyisih dan memulaukan pesakit secara mentaliti biarpun keperluan untuk menjauhi pesakit Covid-19 secara fizikal menjadi saranan utama dalam mengekang penularan wabak virus ini.

Menyedari hal itu, bukan kehendak dan permintaan mereka untuk diuji sebegini, tambahan pula mereka yang disahkan positif Covid-19 pasti sering dibelenggu rasa bimbang yang tinggi apabila ketidaktentuan tentang penyembuhan diri.

Perasaan bersalah sudah pasti berlegar-legar di minda pesakit kerana serba-salah jika menjadi punca penyakit ini tersebar kepada ahli keluarga mahupun kepada umum.

Menerusi perkongsian pelakon jelita, Tiz Zaqyah yang telah disahkan positif Covid-19 melalui hantaran di Instagram miliknya pada 9 Mei 2021, terbaharu beliau telah menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga setelah ibu dan ayahnya sama sekali tidak dijangkiti wabak berkenaan dan disahkan negatif.

caption: 

“Forever will be,in many ways InsyaAllah ?Wanted to post this picture if my results were negative. Not so easy girl! ?But instead this morning, mom and dad’s results tested NEGATIVE❤️?Regardless of hardships, always be thankful. Allah will never burden a soul more than it couldn’t bear. (Quran 2:286)?Please do not stop showering me with warm wishes and keep me and family and cats in your prayers. Thank you kawan2 ku…Trust in His plannings.”

Tiz Zaqyah telah memuat naik perkhabaran berita itu menerusi hantaran di Instagram miliknya serta pemakluman ciapan di laman Twitter.

Anak mana yang tidak sedih sekiranya kedua-dua ibu bapanya dijangkiti wabak yang boleh membawa maut.

Bagi ‘orang muda’ yang menghidapi Covid-19 mungkin mempunyai sinar harapan yang cerah namun tetap berbalik kepada imunisasi badan untuk terus cekal melawan wabak berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama melimpahkan rasa syukur kepada pelakon bagi drama popular Nur Kasih serta turut menitipkan doa buat beliau agar diberi kesembuhan sepenuhnya dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, Tiz Zaqyah kini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari bermula 9 Mei.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Tiz Zaqyah

Written by: Azra Azuar


Previous post