Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Tu Rambut Palsu Ke Sebenar?”- Netizen Terkejut, Ingat Masya Masyitah ‘Freehair’ Rupanya…

today27 October 2020

Background

Penyanyi cilik yang berbakat besar dan boleh menyanyikan lagu dalam empat bahasa, Melayu, Mandarin, Inggeris dan Indonesia, iaitu Masya Masyitah baru-baru ini telah menjadi kebanggaan Malaysia!

Masya muncul juara untuk pertandingan Yippi Star Quest 2020, dimana Masya menumpaskan lebih kurang 3,000 peserta dalam talian untuk melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan itu.

Bekas juara Ceria Popstar 2014 ini juga dilihat memuat naik ucapan bersyukur atas kemenangan dan segala yang dimiliki di laman sosial Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Let’s take a moment to say Alhamdulillah for everything that we have”

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah.? Let’s take a moment to say Alhamdulillah for everything that we have ?❤️

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Namun apa yang menjadi perhatian adalah video menari Tiktok dan foto yang dimuat naik oleh Masya, menunjukkan dirinya memakai snowcap dan rambut palsu berjurai itu menimbulkan rasa kurang senang oleh ramai pihak.

Rata-rata warganet keliru dengan imej yang dipamerkan dirinya kerana imej itu seperti tidak sesuai buat dirinya sebagai wanita bertudung.

 

View this post on Instagram

 

Abang Jagoo! Ampun Bang Jago!?? #abangjagodance #abangjago #rocketfuelent

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya) on

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya kurang senang melihat rambut terjurai seolah-oleh freehair yang dipaparkan oleh Masya.

Tidak berdiam diri, Masya tampil membalas komen salah seorang netizen yang bertanyakan sama ada itu rambut palsu atau pun rambut sebenar.

“Itu dandan yang diperbuat dari kain,” jawabnya.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh Masya nampaknya tidak memuaskan hati pengikutnya yang tidak bersetuju dengan pemakaian Masya.

“Menyerupai rambut sama je tak boleh hukumnya ibarat kita pakai rambut palsu. Adik dah jadi public figure kalau boleh jadi teladan yang baik. Tak miskin kalau kita tutup aurat betul-betul,” kata netizen.

It’s okay Masya, netizen ni kadang-kadang menegur sebab sayang. Ambil yang positif and you do you okay!

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Sosial

Dari Saiz 6XL Ke M, Wanita Ini Kongsi Tips Pemakanan Turun Sampai 48KG. Wow Hebatnya!

Tidak hanya mengamalkan pemakanan yang seimbang, Isma juga berkongsi dia turut melakukan senaman seperti tabata dan zumba tidak kurang daripada 30 minit sehingga satu jam.Selain itu, jika berkelapangan dia akan melakukan aktiviti luar seperti berbasikal atau memanjat bukit pada hujung minggu.“Selalu hiking atau berbasikal bila hujung minggu. Kadang-kadang ikut kelas senaman 30 minit hingga satu jam lebih bila rajin," katanya.Dalam pada itu, dia menambah selalu konsisten dengan... Klik sini untuk baca […]

today27 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *