Tak tahu lah sama ada nak ketawa atau nak kesian bila baca komen pada salah satu foto yang dimuat naik oleh pelakon Ummi Nazeera.
10 Mac lalu, Ummi ada memuat naik fotonya bersama dengan anak sulungnya iaitu Ayra Aneesah yang mana itu merupakan foto throwback.

Caption yang ditulis Ummi itu biasa-biasa sahaja yang mana memberitahu bahawa dirinya nampak sangat letih dan seakan-akan seorang ibu tunggal yang terpaksa menguruskan anaknya seorang diri.
Namun apa yang melucukan ialah apabila terdapat satu komen yang ditinggalkan oleh seorang lelaki ini berjaya menarik perhatian ramai termasuk Ummi sekali.
Lelaki tersebut yang merupakan seorang bapa serta datuk kepada cucu-cucunya cuba untuk bergurau bersama dengan pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap 2 itu.
Hasil semakan lelaki tersebut merupakan seseorang yang memegang jawatan tinggi serta seorang doktor.
Apa pun ia hanya sekadar gurauan sahaja, bukan lah satu perkara serious.
Sumber foto: Instagram Ummi Nazeera