Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ucap Hari Jadi Untuk Kekasih, Sheryl Shazwanie Dan Azzam Sham Sudah Besedia Untuk Berkahwin?

today29 June 2021

Background

Mencari jodoh itu ada pelbagai mediumnya.

Ada yang bertemu jodoh di tempat kerja atau atas urusan melibatkan pekerjaan.

Pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie tidak berahsia mengenai kedekatan hubungan mereka yang sama-sama aktif dalam dunia hiburan.

Pada 29 Jun 2021, Sheryl telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau untuk mengucapkan selamat hari jadi buat kekasih hatinya, Azzam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheryl Shazwanie (@sherylshazwanie)

Baca artikel berkaitan: Buat Content TikTok Geli-Geli, Netizen Mula Muak Kisah Cinta Azzam Shah & Sheryl Shazwanie

“Happy birthday my love ?@azzam_sham”

Video yang dimuat naik menunjukkan aksi mereka berdua sepanjang bersama.

Ia kelihatan sweet dan bahagia.

Namun menariknya, Azzam meninggalkan komen untuk perkongsian tersebut dan menyebut “road to halal.”

Wah, nampaknya mereka semakin serius dengan hubungan tersebut!

Azzam dan Sheryl mempunyai lagu duet bersama berjudul Jika Ini Takdirnya.

Semoga perancangan mereka untuk berumah tangga dipermudahkan.

 

Sumber: Instagram Sheryl Shazwanie

Written by: Hasanah Yusof


Previous post