Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Untuk Bakal Suami Saya…” Athisha Khan Kongsi Video Neelofa Bagi Ucapan Lepas Bertunang

today29 March 2021

Background

Kalau sebelum ini sebut ‘untuk bakal suami saya’, tapi sekarang secara rasmi dah boleh sebut ‘untuk suami saya’!

Sepanjang majlis pernikahan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan pasangan hatinya iaitu PU Riz, banyak kenangan manis telah diukir ketika berlangsungnya majlis yang penuh keberkatan itu.

Kini, adik kepada Neelofa iaitu Athisha Khan telah ‘membocorkan’ klip video vlog yang diambil olehnya ketika majlis pertunangan yang berlangsung pada 1 November lalu.

Athisha yang sememangnya merupakan seorang YouTuber turut tidak melepaskan peluang untuk kongsikan kenangan indah yang berlangsung ketika itu.

Video tersebut telah dikongsikan di YouTube channel miliknya sekali gus membuatkan ramai tumpang gembira melihat kegembiraan yang dirasai oleh Neelofa dan PU Riz.

“Kepada bakal suami saya, my wish is semoga Allah help me and guide me becoming seorang isteri yang solehah, taat kepada bakal suami. Maksudnya dengan ikatan ini akan memberi peluang untuk I become a ratu and bidadari di syurga nanti. Aminn”

Ucapan Neelofa itu turut membuatkan Athisha tersimpul malu dan lebih menarik lagi apabila PU Riz turut menitipkan ucapan kepada Neelofa yang ketika itu masih lagi memegang status sebagai tunangnya.

“My wish is for this marriage together and we go through, akan membawa kami ke syurga! Ingatkan banyak sunnah kepada keluarga ni. Itu sahaja harapan Haris kepada bakal isteri saya…”

Fuhh, lain macam dia punya manis tu ya, ini nama dia manis yang penuh keberkatan!

Dalam masa yang sama, ramai turut meninggalkan komen positif memberitahu bahawa Athisha  merupakan seorang adik yang sangat baik kerana beliau kelihatan sangat gembira atas majlis pertunangan kakaknya itu.

Kini, Neelofa dan PU Riz telah sah bergelar pasangan suami isteri dan semoga bahtera yang dibina akan membawa mereka ke syurga nanti!

Baca juga artikel sebelum ini:

Berakhir Sebuah Penantian, Neelofa Dan PU Riz Selamat Bergelar Suami Isteri

Sumber foto dan video: Instagram Neelofa dan YouTube Channel Athisha Khan

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post

Sosial

Terendah Untuk Tahun 2021, Kes Harian Covid-19 Kini Di Bawah Angka 1,000

Berita gembira itu dimuat naik sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui ciapan di Twitter laman rasminya hari ini, 29 Mac 2021. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan sebanyak 219 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 192 kes, Johor sebanyak 171 kes dan Pulau Pinang sebanyak 164 kes.“Seterusnya, Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 57 kes, Kelantan (49 kes), Sabah (34 kes), Negeri Sembilan... […]

today29 March 2021