Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“Untung Fazura!” Tak Tinggal Solat Waktu Shooting, Ramai Puji Fattah Amin Tak Ketepikan Kewajipan

today22 May 2021

Background

Solat merupakan tiang agama yang juga kewajipan buat semua umat Islam di dunia.

Sesibuk mana pun kita dalam menguruskan hal dunia, jangan sesekali lalai dan leka dalam menunaikan solat.

Satu video pendek telah dikongsikan oleh seorang pengguna di laman TikTok menunjukkan pelakon Fattah Amin yang sedang menunaikan solat ketika waktu rehat sewaktu menjalani penggambaran.

@hafiznassirsukses4.0Tabik spring kat @fattahamin tak oernah tinggal solat dalam set dah lama perati. ##fyp ##fypforyourpage ##foryourpage ##fypppppppppppppp

♬ original sound – حاكيم – kim

“Tabik spring kat Fattah Amin tak pernah tinggal solat dalam set dah lama perati.”

Namun tidak diketahui pula bila perkara ini terjadi tetapi apa yang dilakukan oleh Fattah ini sememangnya perlu dicontohi oleh kita semua.

Sibuk menjalani pengambaran atau menguruskan hal kerja bukan lah alasan untuk kita tidak menunaikan solat, sesibuk mana pun mesti akan ada masa terluang.

Rata-rata yang meninggalkan komen turut memuji cara didikan kedua ibu bapa Fattah yang dilihat sangat mementingkan ajaran agama dalam hidup.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengatakan bahawa Fazura merupakan wanita yang bertuah dapat memiliki Fattah sebagai suaminya yang dilihat boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan.

Ini lah baru dikatakan imam yang boleh membawa keluarga ke Syurga Firdausi…

Semoga kita boleh ambil iktibar atas video yang dikongsikan ini okay!

Written by: Ainaa Hafizah


Previous post